15 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian
Anda dipanggil ke temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian?
Ini sedikit maklumat ringkas untuk jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian yang juga dikenali sebagai Dental Surgery Assistant (DSA) dalam bahasa Inggerisnya.
Pembantu Pembedahan Pergigian
Gred: U19
Taraf: Sijil
Gaji Minimum: RM1360
Gaji Maksimum: RM4052
Kenaikan Gaji Tahunan: RM100
Gaji permulaan pada gred U19 adalah RM1418.12
Baca info jawatan dari portal SPA: Klik Sini
Persediaan Menghadapi Temuduga
Sekiranya anda dipanggil untuk menghadiri temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian, jangan sia-siakan peluang ini. Buat persediaan secukupnya. Jangan hadir temuduga tanpa membuat persiapan.
Rugi sangat-sangat.
Mana tahu ada rezeki anda di situ.
Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:
- Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Pembantu Pembedahan Pergigian.
- Peralatan berkaitan pergigian.
- Pengetahuan am berkaitan gigi.
- Istilah asas berkaitan pergigian.
- Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
- Kempen-kempen kesihatan KKM.
- Isu-isu semasa terkini
Isu-isu semasa itu anda boleh baca dari portal berita online. Ambil tahu sedikit sebanyak apa isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan.
Jika anda masih blur tak tahu nak buat persiapan apa. Download modul ringkas “Asas Bagaimana Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan” yang kami tulis.
Insyaallah, anda akan lebih bersedia.
Contoh Soalan Temuduga
Berikut adalah contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian:
- Sila perkenalkan diri anda
- Apakah skop tugas Pembantu Pembedahan Pergigian?
- Kenapa anda memilih kerjaya Pembantu Pembedahan Pergigian?
- Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Apa jenis gigi yang anda tahu?
- Gigi kanak-kanak ada berapa batang?
- Gigi orang dewasa ada berapa batang?
- Apa kempen-kempen kesihatan yang dianjurkan KKM?
- Apakah jenis peralatan yang digunakan dalam pembedahan gigi?
- Jika gusi bengkak, boleh atau tidak pembedahan dilakukan?
- Apakah fungsi gigi?
- Apa yang anda tahu tentang florida?
- Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
- Apakah rawatan pergigian yang ditawarkan KKM?
- Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia?
Soalan Bahasa Inggeris
Satu perkara tentang temuduga, kadang-kadang anda akan diajukan soalan yang lebih mencabar berbanding calon lain. Sebab itu anda perlu buat persediaan.
Ada calon dapat soalan senang.
Ada juga calon yang dapat soalan susah.
Ada calon yang dapat soalan provokasi dan lain-lain jenis soalan.
Ada juga calon yang diminta untuk jawab soalan dalam bahasa Inggeris.
Dari pengalaman temuduga calon yang lepas-lepas, ada yang diminta untuk memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Jadi anda juga boleh cuba berlatih perkenalkan diri anda dalam bahasa Inggeris sekali.
Mana tahu panel penemuduga anda minta anda jawab soalan dalam bahasa Inggeris.
Semoga Berjaya
Kami harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda membuat persediaan untuk menghadapi temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian yang bakal anda hadapi. Jika ingin kongsi tips dan pendapat, mohon tuliskan di ruangan komen.
Anda ada pertanyaan lain? Emelkan kepada kami di misikerjaya@gmail.com