bolehkah jawab soalan temuduga bahasa inggeris dalam bahasa melayu?

Bolehkah Jawab Soalan Temuduga Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu?

Kadang kala ketika dalam sesi temuduga, anda akan diminta untuk menjawab soalan yang ditanyakan itu dalam Bahasa Inggeris. Atau panel penemuduga itu bertanya terus dalam Bahasa Inggeris.

Jika anda dalam situasi ini, bolehkan anda menjawab pertanyaan mereka dalam Bahasa Melayu?

Kenapa Bahasa Inggeris

Mungkin anda tertanya-tanya. Kita ini duduk di Malaysia kenapa perlu tanya atau jawab dalam Bahasa Inggeris?

Ringkasnya ia disebabkan oleh keperluan jawatan.

Keperluan Jawatan

Jawatan yang bagaimana pula?

Bagi jawatan yang memerlukan anda berinteraksi dengan warga asing, ketika dalam sesi temuduga ada kemungkinan anda akan diminta untuk berbahasa Inggeris.

Contohnya untuk temuduga imigresen, kastam, polis, latihan separa perubatan dan lain-lain jawatan.

Bahasa Inggeris ini penting untuk temuduga jawatan bertaraf diploma dan ke atas. Jawatan bertaraf diploma bermula dari gred 29. Ada juga calon yang diminta untuk berbahasa Inggeris untuk temuduga jawatan gred 19.

Ingat perkara ini.

Walaupun anda hadir temuduga kerajaan untuk jawatan bertaraf SPM, jika jawatan tersebut melibat interaksi dengan warga asing, Bahasa Inggeris adalah penting.

Jadi buat persediaan sidikit sebanyak.

Cara Jawab Soalan Temuduga

Apabila anda diminta berbahasa Inggeris ataupun apabila anda ditanya dalam Bahasa Inggeris, anda perlu jawab kembali pertanyaan dalam Bahasa Inggeris juga.

Jangan pula jawab:

"Tuan, saya tidak fasih berbahasa Inggeris. Boleh saya jawab dalam Bahasa Melayu?"

Anda perlu ingat.

Apabila panel penemuduga bertanya dalam Bahasa Inggeris, mereka ingin menguji tahap kefasihan anda berbahasa Inggeris.

Oleh itu anda perlu berbahasa Inggeris.

Jika anda tidak fasih berbahasa Inggeris, usahakan juga jawab dengan Bahasa Inggeris ringkas. Tidak mengapa jika anda tidak fasih berbahasa Inggeris seperti orang Inggeris.

Jika anda fasih berbahasa Inggeris itu adalah satu kelebihan buat anda lebih-lebih lagi persaingan untuk ke sektor awam sangat sengit. Ramai yang turut memohon untuk jawatan yang sama.

Anda mesti jadi calon terbaik pada hari temuduga itu.

Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

Anda dipnaggil ke temuduga SPA? Pasti anda ingin datang dengan penuh yakin bukan?

Khas untuk temuduga kerajaan.

kami cadangkan kepada anda rujukan RLTKK.

Panduan ini memberikan rahsia-rahsia khusus bagaimana untuk lulus temuduga yang spesifik kepada jawatan kerajaan yang ditawarkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Ebook ini mengandungi:

  • 4 tindakan yang anda harus lakukan sebelum menghadiri temuduga
  • Bagaimana anda boleh mendapat markah free 5% dengan hanya memakai pakaian tertentu
  • Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata-kata di hadapan panel penemuduga
  • Ketahui bagaimana anda untuk kuasai Bahasa Inggeris dalam masa singkat khas untuk temuduga
  • Bagaimana nak jangkakan soalan-soalan yang bakal disoal semasa temuduga?
  • Dan lain-lain...

Daftar nama dan emel anda untuk download preview copy percuma. Anda boleh nilai sendiri berbaloi tak beli rujukan ini.

Preview copy akan dihantar ke emel yang anda daftar.

preview copy temuduga kerja kerajaan

Akhir Kata

Semoga selepas ini apabila anda ditanya dalam Bahasa Inggeris ketika sesi temuduga, anda tahu apa bagaimana untuk menjawab soalan temuduga tersebut.

Diskusi

Kongsikan komen, pendapat atau pertanyaan anda tentang artikel "Bolehkah Jawab Soalan Temuduga Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu?". Adakah artikel ini membantu anda?

Anda perlu Sign In menggunakan akaun Google.

Mohon supaya gunakan ejaan penuh agar tulisan anda mudah difahami dan gunakan bahasa yang sopan.