5 Kelebihan Bekerja Di Singapura Yang Anda Perlu Tahu
Bismillah.
Kenapa nak kena bekerja di Singapura?
Apa kelebihan bekerja di Singapura?
Disebabkan oleh pelbagai faktor, kos hidup di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Kita punya beberapa pilihan untuk terus survive.
Satu, kurangkan perbelanjaan.
Dua, tambah pendapatan.
Pernah dengar tak kata-kata orang bijak pandai yang tambah pendapatan itu jauh lebih mudah dari kurangkan belanja?
Sebab itu dalam artikel ini, kita akan bincangkan poin nombor dua. Iaitu tambah pendapatan.
Anda boleh buat kerja sampingan untuk tambah pendapatan. Ataupun buat lebih dari satu pekerjaan. Tetapi jika anda buat begitu, masa anda akan banyak dihabiskan untuk bekerja dan anda akan kurang masa dengan famili.
Oleh sebab itu kami amat sarankan anda untuk cipta pilihan ke-3. Iaitu bekerja di Singapura. Mungkin masa anda dengan famili masih kurang. Tetapi ia lebih berbaloi.
Cuba anda baca kelebihan bekerja di Singapura ini.
Gambar di atas menunjukkan gaji bekerja sebagai pencuci kereta RM4500 apabila convert ke RM. Berbaloikan?
Kerja sama juga seperti apabila kerja di Malaysia. Tetapi gajinya tiga kali ganda lebih.
Gaji Lumayan Bila Convert Ke RM
Anda pasti setuju bukan dengan kenyataan ini? Sebab ianya memang common sense. Nilai Dollar Singapura yang tinggi bila convert ke RM memang berbaloi-baloi.
Jika gaji anda apabila bekerja di Singapura adalah SGD1500, apabila convert ke Ringgit Malaysia akan jadi RM4500. Itu baru kerja biasa-biasa saja. Kerja seperti tukang cuci pinggan, krew hotel dan mat despatch.
Bagaimana jika anda bekerja sebagai designer, arkitek dan kerjaya profesional lain?
Gaji Tinggi Kos Hidup Rendah
Cuba fikirkan ini.
Anda tinggal di Johor Bahru tetapi bekerja di Singapura. Gaji yang anda terima adalah dalam nilai dollar Singapura. Tetapi anda berbelanja di Malaysia dalam Ringgit Malaysia.
Betul kan?
Gaji anda tinggi tapi kos hidup rendah.
Jika anda peruntukkan SGD10 untuk belanja makan setiap hari. Anda boleh makan 3x RM10 di Malaysia.
Anda tak teringin ke bekerja di Singapura?
Risiko Rendah Dan Lebih Selamat
Bekerja di Singapura risikonya juga lebih rendah dan lebih selamat. Jika dibandingkan apabila anda bekerja di Australia ataupun bekerja di New Zealand mahupun bekerja di Korea Selatan.
Singapura sangat dekat dengan Malaysia.
Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, anda mudah untuk balik ke Malaysia. Bayangkan jika anda sudah berada di Australia, New Zealand ataupun Korea Selatan?
Tambah malang lagi…
Jika anda sudah habiskan beribu ringgit untuk beli tiket penerbangan. Tapi bila sampai airport, anda tak dibenarkan masuk. Imigresen suruh anda balik.
Semua ini makan kos yang tinggi. Sangat rugi jika anda tersadai… Dah sampai Australia, New Zealand, Korea Selatan… Konon nak cari kerja… Tapi tak lepas keluar airport pun... Dah kena suruh balik.
Jangan sampai jadi begini…
Contoh yang ditunjukkan agak ekstrem. Tapi anda fahamkan? Apa poin utama tentang risiko yang hendak disampaikan?
Bukankah risiko bekerja di Singapura lebih rendah dan juga lebih menjimatkan?
Cari Kerja Di Singapura Dengan Lebih Yakin!
Bagi yang tak pernah bekerja di luar negara mungkin agak sukar untuk mula. Risaukan keselamatan... Takut ditipu... Dan mungkin banyak lagi kerisauan.
Jika anda serius mahu cari kerja di Singapura tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mula, ebook ini memang untuk anda.
Ebook ini ditulis oleh penulis yang berpengalaman dan telah berjaya membantu ramai rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan pekerjaan di Singapura dengan ebook tulisan beliau.
Lengkap dengan:
- Strategi mencari kerja
- Dokumen-dokumen penting
- Tempat tinggal & penginapan
- Pengangkutan dan perkara penting lain...
Akhir Kata
Semoga usaha dan pengorbanan anda untuk mencari rezeki yang halal lagi berkat dipermudahkan. Semoga anda berjaya mencari kerja di Singapura.