12 kursus dalam program latihan separa perubatan

12 Kursus Dalam Program Latihan Separa Perubatan

Jika anda ingin memasuki Latihan Separa Perubatan, anda perlu membuat persediaan awal. Persaingan untuk memasuki Latihan Separa Perubatan amat sengit disebabkan oleh tempat yang terhad. Tetapi jumlah calon yang memohon pula sangat ramai.

Mengapa ramai yang ingin memasuki Latihan Separa Perubatan?

Jemput baca artikel kelebihan Dan Kekurangan Memasuki Latihan Separa Perubatan untuk bacaan lanjut.

Bagaimana Untuk Memasuki Latihan Separa Perubatan?

Untuk memasuki Latihan Separa Perubatan, anda perlu lulus temuduga Separa Perubatan. Untuk dipanggil ke temuduga perlu lulus Peperiksaan Online Separa Perubatan.

Untuk dipanggil memasuki peperiksaan online, anda perlu mendaftar SPA9 terlebih dahulu.

Untuk itu mulakan langkah pertama anda dengan mendaftar SPA9 jika anda belum lagi mendaftar. Pendaftaran boleh dilakukan di Portal SPA.

https://spa9.spa.gov.my

Membaca ringkasan di atas ini... Untuk memasuki Latihan Separa Perubatan nampak sangat mudah bukan?

Realitinya tidak begitu.

Bilakah Sesi Pengambilan Latihan Separa Perubatan?

Pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dibuat dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Tetapi ada juga latihan yang pengambilannya setahun sekali sahaja iaitu pada sesi Julai.

Apakah Kursus Yang Ditawarkan Dalam Latihan Separa Perubatan?

Jumlah keseluruhan kursus yang ditawarkan dalam Latihan Separa Perubatan adalah 12 kursus. Di peringkat diploma terdapat 10 kursus manakala di peringkat sijil terdapat 2 kursus.

Kursus Peringkat Diploma

Jika anda mahu memasuki pengajian di peringkat diploma, pengajian anda akan tamat selepas 3 tahun. Kursus yang ditawarkan di peringkat diploma adalah:

  • Latihan Jururawat
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  • Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Juruteknologi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)
  • Latihan Juruterapi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)

Kursus Peringkat Sijil

Pengajian diperingkat sijil mengambil masa 2 tahun sahaja. Kursus yang ditawarkan di peringkat sijil adalah:

  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Apakah Syarat Dan Kelayakan Memasuki Latihan Separa Perubatan?

Syarat minimum untuk memasuki Latihan Separa Perubatan.

Warganegara: Malaysia

Umur: 17 – 25 tahun

Kelayakan:

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.
  • Lulus Bahasa Malaysia sekurang-kurangnya Gred C.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Untuk maklumat lanjut, sambung bacaan anda di Portal SPA: https://spa.gov.my

Akhir Kata

Tidak kira apa pun Kursus Separa Perubatan yang anda minat, mulakan langkah pertama anda dengan mendaftar SPA9 terlebih dahulu. Jika anda telah mendaftar pula, kemaskini pendaftaran SPA9 anda.

Diskusi

Kongsikan komen, pendapat atau pertanyaan anda tentang artikel "12 Kursus Dalam Program Latihan Separa Perubatan". Adakah artikel ini membantu anda?

Anda perlu Sign In menggunakan akaun Google.

Mohon supaya gunakan ejaan penuh agar tulisan anda mudah difahami dan gunakan bahasa yang sopan.