tips menjawab soalan psikometrik

Tips Menjawab Soalan Psikometrik

Anda dipanggil ujian psikometrik ke?

Pertama sekali kami mahu ucapkan tahniah kepada anda. Anda telah mara selangkah ke depan bagi merealisasikan impian anda untuk dapat kerja kerajaan.

Usah sia-siakan peluang yang diberi.

Di luar sana ramai lagi yang cuba mohon kerja kerajaan. Tetapi mereka belum dapat panggilan hadir ke ujian online spa. Anda sebenarnya sangat bertuah sebab dipanggil spa untuk hadir ujian psikometrik ini.

Jika anda belum pernah ambil ujian psikometrik, jemput baca artikel tentang ujian psikometrik yang telah kami tulis sebelum ini.

Kembali kepada topik kita tentang tips menjawab ujian psikometrik SPA. Berikut kami kongsikan beberapa tips bagi membantu anda menjawab ujian psikometrik.

sikap positif hadapi ujian psikometrik

Serlahkan Sikap Positif

Mohon ambil perhatian sebab ini tips yang paling penting.

Dalam ujian psikometrik SPA nanti anda perlu menonjolkan sikap positif. Manakala sikap negatif pula perlu disembunyikan.

Ingat ini poin penting.

Sewaktu menjawab ujian psikometrik nanti, pastikan anda serlahkan sikap positif anda sahaja. Sikap yang negatif anda sembunyikan.

Nampak mudah sajakan?

Tapi tak juga sebenarnya.

Sebab apa?

Personaliti anda, kebiasaan anda, tabiat anda, semua ini barangkali boleh mempengaruhi apa yang anda bakal jawab sewaktu ujian psikometrik nanti.

Seseorang itu cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu positif walaupun sebenarnya masyarakat secara umumnya menyatakan perbuatan itu negatif.

Contohnya, seorang perokok ada kecenderungan menyatakan hal berkaitan merokok itu positif. Tetapi masyarakat secara umumnya menyatakan ia perkara yang negatif.

Setuju tak?

Nak contoh lagi?

Jika dapat soalan ini apa yang anda akan jawab?

“Saya selalu didenda sewaktu di zaman sekolah.”

Anda akan jawab YA ataupun TIDAK?

Kunci untuk jawab soalan ini. Anda harus menunjukkan anda adalah seorang yang positif dan bukan seorang yang bermasalah.

Sekarang tahukan jawapan mana yang patut anda pilih?

Apa lagi punca yang boleh menyebabkan calon ujian psikometrik kecundang?

Calon juga boleh terjerat dengan perangkap psikometrik yang telah disusun dalam set soalan psikometrik SPA.

Perangkap psikometrik macam mana pula?

Baca poin seterusnya pula.

konsisten jawap soalan psikometrik

Jawab Secara Konsisten

Seperti yang dikatakan dalam poin pertama, anda perlu serlahkan sikap positif dan sembunyikan sikap negatif.

Walaupun begitu masih ada calon yang kecundang disebabkan mereka gagal menjawab soalan ujian psikometrik mereka dengan konsisten.

Jika anda perasan, soalan ujian psikometrik SPA sebenarnya ada yang diulang beberapa kali dalam bentuk soalan yang berbeza. Tetapi semua soalan itu menguji calon tentang perkara yang sama.

Bagaimana calon boleh kecundang?

Akibat kekangan masa, ada calon yang tidak sempat menjawab semua soalan sebelum masa tamat. Apabila masa hampir tamat, ada calon yang menjawab soalan secara semberono sahaja.

Akibatnya ada jawapan mereka itu tidak konsisten dengan jawapan yang sebelumnya.

Ini antara sebab kenapa anda perlu siap menjawab soalan ujian psikometrik anda sebelum masa tamat. Jawapan anda nanti lebih konsisten dan anda mempunyai masa untuk menyemak jawapan.

Nak biasakan diri supaya menjawab soalan secara konsisten, anda perlu buat latih tubi jawab soalan psikometrik. Anda boleh cari banyak soalan yang dikongsikan di internet.

Ataupun jika anda nak lebih mudah download ebook Asas Psikometrik yang kami berikan secara percuma sahaja. Nanti anda boleh print untuk baca dan buat latihan. Bila print mudah sikit nak conteng-conteng.

latih tubi ujian psikometrik

Buat Latih Tubi

Walaupun ujian psikometrik nampak mudah. Anda tetap perlu buat latihan.

Jangan pandang ringan dengan ujian psikometrik yang bakal anda ambil. Dah ramai yang gagal ujian psikometrik SPA. Tapi ada juga yang masih belum serik-serik untuk gagal.

Mereka ini selamba sahaja buat ujian psikometrik tanpa apa-apa persiapan.

Selain buat latih tubi jangan lupa untuk pastikan anda faham format ujian psikometrik yang bakal diambil nanti. SPA telah beberapa kali ubah format ujian online mereka.

Takut nanti anda buat latih tubi ujian psikometrik mengikut format lama sebab tak peka rupanya SPA dah buat format ujian baru.

Ebook Asas Psikometrik

Berita baik buat anda! Kami telah menyusun satu ebook ringkas yang mengandungi:

  • Contoh soalan psikometrik
  • Contoh soalan perangkap
  • Tips menjawab soalan

Daftar nama dan emel anda untuk download ebook ini. Ebook akan dihantar ke emel yang anda daftar.

ebook asas psikometrik

Akhir Kata

Insyaallah pada masa akan datang kami akan buat rujukan ringkas yang ada contoh set soalan ujian psikometrik yang disertakan sekali dalam panduan asas menghadapi ujian psikometrik.

Kami harap tips untuk menjawab ujian psikometrik ini membantu anda sedikit sebanyak bagi menghadapi ujian psikometrik anda nanti. Kami doakan anda lulus ujian tersebut dengan jayanya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan lain mengenai ujian psikometrik, mohon emelkan kepada kami di support@misikerjaya.com

Diskusi

Kongsikan komen, pendapat atau pertanyaan anda tentang artikel "Tips Menjawab Soalan Psikometrik". Adakah artikel ini membantu anda?

Anda perlu Sign In menggunakan akaun Google.

Mohon supaya gunakan ejaan penuh agar tulisan anda mudah difahami dan gunakan bahasa yang sopan.